Thursday 4 August 2011

-- adab berpuasa bagi mendapat keredhaan allah swt --

selain dari amalan ibadat wajib dan sunat yang diperbanyakkan di dalam bulan Ramadhan, kita perlu menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan puasa itu menjadi sia-sia. antaranya :-

pertama: hendaklah mengelakkan pandangan ke tempat2 yang dilarang, setengahnya pergi lebih jauh iaitu melarang melihat walaupun isteri sendiri dengan pandangan bernafsu, apatah lagi melihat wanita2 lain. begitu juga dengan melihat perkara2 maksiat yang lain.

Rasulullah SAW bersabda: "pandangan adalah umpama anak panah daripada syaitan. barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah dirinya daripada melihat kepada maksiat. maka Allah mengurniakannya dengan suatu (cahaya iman) yang kemanisannya dan keghairahan akan terasa di hati.

kedua: jagalah lidah daripada berdusta, omong kosong, mengumpat dan sebagainya.


ketiga: hendaklah kita berjaga-jaga daripada mendengar sesuatu yang makruh. samalah juga haram mendengar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya. Rasulullah SAW bersabda: "mengenai mengumpat, kedua2 pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa".

1 comment:

  1. reminds me of... dari mata ia datang... barulah kehati... dari mata lah oh sayang... mengasyikkan hati... ooo...

    ReplyDelete